Satu kemalangan ngeri telah dilaporkan berlaku di Dungun, Terengganu yang melibatkan sebuah lori, dua buah kereta, dua buah bas dan sebuah motosikal berdekatan Kampung Pinang Merah, Paka di sini.
Empat agensi kerajaan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan. Mereka terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Klinik Kesihatan Paka.
Walau bagaimanapun, sebaik kesemua empat agensi tiba di lokasi yang dilaporkan, tiada sebarang kemalangan telah berlaku. Ikuti rantaian tweet @jnmalaysia untuk laporan lanjut.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1621803241301504001?s=46&t=b3bMNQFl5qMzScn8wa7zbQ
Dikatakan, pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan berdekatan Sekolah Kebangsaan Pinang Merah. Selain kemalangan yang dilaporkan itu tidak pernah terjadi, sekolah yang dilaporkan oleh pemanggil itu juga tidak wujud.
Pihak bomba juga cuba menghubungi individu tersebut untuk bertanya mengenai kemalangan yang dilaporkan. Namun, usaha itu gagal kerana panggilan itu tidak dijawab.
Untuk makluman semua, penyalahgunaan talian kecemasan 999 boleh didakwa dan didenda sebanyak RM50,000 atau dihukum satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Perkara ini adalah menurut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Baca: Kanak-kanak Berdepan Detik Cemas, Tangan Tersekat Dalam Pembesar Suara