in

Terpalit Dengan Isu Gangguan Seksual, Pensyarah Tuntut Permohonan Maaf & Ganti Rugi Dari Bekas Pelajar

ft pensyarah tuntut permohonan maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular mengenai kes seorang wanita yang kongsikan pengalaman traumanya apabila dia terkena gangguan seksual oleh bekas pensyarahnya menerusi Twitter pada 16 Ogos lepas.

Kata wanita yang dikenali sebagai Farah, dia mengatakan dia jadi berani kerana tiada sebarang tindakan dikenakan kepada pensyarah tersebut walaupun sudah laporkan hal ini kepada pihak pengurusan.


Disebabkan itu, perkongsiannya menjadi tular dan ia telah membuatkan ramai lagi mangsa-mangsa lain berani tampil bersuara dan kongsikan terkena pengalaman sama.

 

Pensyarah tuntut permohonan maaf secara terbuka

https://twitter.com/awwinnn_/status/1559413789728325632?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1559413789728325632%7Ctwgr%5E49dde187dcb9d16c8f4169a8407fd805afa8d911%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fweirdkaya.com%2Flecturer-harassed-student-demands-public-apology%2F

Disebabkan kes itu, Farah membuat satu petisyen untuk mendapatkan 10,000 tandatangan sebagai tanda untuk mendesak pensyarah dari universiti terkemuka itu dipecat.

https://twitter.com/awwinnn_/status/1567124999030579202?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1567124999030579202%7Ctwgr%5E49dde187dcb9d16c8f4169a8407fd805afa8d911%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fweirdkaya.com%2Flecturer-harassed-student-demands-public-apology%2F

Disebabkan hal tersebut, baru-baru ini Farah ada kongsikan bahawa dia menerima satu tuntunan daripada pihak pensyarah itu, katanya pensyarah tersebut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Farah. Kata Farah lagi, pensyarah itu juga menuntut bayaran ganti bagi “pernyataan fitnah”.

Dalam pada itu, Farah mengatakan bahawa pihaknya akan membalas notis tersebut dan Farah menyatakan kali ini dia akan maju kedepan dan mengharapkan doa daripada orang ramai.

Baca : Pelajar Dedah Kena Gangguan Seksual Dari Pensyarah, Diminta Jawab Soalan Kaji Selidik ‘Lucah’

soal selidik lucah lecturer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.