Best kan kalau dapat naik kapal terbang. Tapi tak dapat dinafikan kadang-kadang agak scary bila teringat tragedi-tragedi yang melibatkan kapal terbang yang pernah berlaku sebelum ni.
Kira-kira jam 10.30 malam (18 Julai 2018), menurut The Star, pesawat Malaysia Airlines MH134 menuju ke Kuala Lumpur terpaksa patah balik ke airport Brisbane sejam selepas berlepas disebabkan masalah teknikal.

Menurut sumber, dalam 40 minit selepas berlepas, juruterbang Kapten Charles Chelliah membuat pengumuman bahawa pesawat tersebut perlu berpatah balik ke lapangan terbang Brisbane kerana masalah teknikal yang tidak dinyatakan.
Difahamkan, semasa pendaratan dilakukan, ianya tidak smooth dan pesawat tiba-tiba terhenti di pertengahan landasan. Kapten Charles kemudian membuat pengumuman dan memberitahu pesawat itu tidak dapat bergerak dengan sendiri serta sedang menanti untuk ditarik.
Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pesawat itu tidak dapat ditarik ke terminal kerana pintu gear pendaratan terbuka. Insiden tersebut turut menyebabkan penerbangan lain di lapangan terbang berkenaan terjejas

Malaysia Airlines telah mengesahkan insiden ini namun, tidak memaklumkan mengenai masalah yang dialami.
“Pesawat sedang menjalani pemeriksaan teknikal dan pembetulan.”

Mereka juga memaklumkan telah menyediakan penginapan, makanan serta pengangkutan untuk penumpang pesawat tersebut.
“Kami sedang bekerja keras untuk memastikan penumpang dipindahkan ke destinasi mereka dalam jangka masa yang munasabah.”
“Malaysia Airlines amat menyesali atas kesulitan yang berlaku kepada penumpang kerana mengganggu rancangan perjalanan mereka.”
Fuhh.. Nasib baik sempat landing sebelum terhenti!
Baca: Kapal Terbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan Kerana Penumpang lelaki Tak Berhenti Kentut