Sebuah pesawat Boeing 747 yang dalam perjalanan dari New York JFK ke Liege, Belgium, terpaksa berpatah balik pada 9 November lalu gara-gara seekor kuda yang dibawa melompat di dalam bahagian kargo pesawat.
Kuda itu, yang melarikan diri dari kadangnya ketika berada di udara, terpaksa ditenangkan dengan pelali kerana tahap kecederaannya yang agak serius.
Memetik sumber dari CNN, kuda itu adalah antara 15 yang diangkut ke Liege apabila pergolakan udara berlaku sejurus selepas berlepas.
Perkara itu dikatakan kepada sumber oleh ketua perbadanan yang bertanggungjawab mengendalikan kuarantin dan eksport haiwan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.
Artikel berkaitan: “Melampau betul!” – Netizen Kecam Tindakan Lelaki Guna Sabit Untuk Kawal Gajah
Artikel berkaitan: Lain macam rezeki dia – Dapat Kuda Putih Sebagai Hadiah Hari Jadi, Netizen Gembira Untuk Intan Najuwa
Kuda itu menjadi ketakutan dan melompat separuh ke atas penghadang hadapan yang tinggi di kadanngnya. Kuda malang itu berada dalam posisi tergantung dengan kaki hadapannya di sebelah penghalang dan kaki belakangnya terperangkap di bahagian dalam kandang.
Juruterbang pesawat itu telah meminta doktor haiwan untuk datang ke pesawat semasa mendarat, Pihak veterinar dan ketua perbadanan yang bertanggungjawab telah menghulurkan bantuan yang terdaya bagi menyelamatkan kuda itu.
“Kami terpaksa membawa kuda lain keluar untuk mendapatkan untuk mengeluarkan kuda itu,”
Tetapi apabila kuda itu berjaya dikeluarkan, ia ditentukan bahawa kecederaannya terlalu teruk untuk bertahan dan ia terpaksa dimatikan.
Walau bagaimanapun, sifat kecederaan kuda itu tidak dapat disahkan secara terperinci. Wakil syarikat perkapalan yang mengangkut kuda itu enggan mengulas.