Baru-baru ini tular di pelbagai aplikasi media sosial tentang kecekalan beberapa orang murid sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Magandai, Kota Marudu di Sabah apabila mereka terpaksa mengharungi jalan yang berlecak dan berselut untuk sampai ke sekolah.
Memetik laporan Daily Express Malaysia, murid-murid itu telah mengharungi jalan berlecak itu pada 13 Januari lalu selepas hujan lebat menyebabkan jalan berkenaan berselut.
Difahamkan, jalan berlumpur itu juga telah menyukarkan kenderaan 4×4 untuk melaluinya.
Pupils of SK Magandai, Kota Marudu, waded through mud on their way to school on Jan 13th 2024, following heavy rain that rendered a challenge even to the best 4×4 vehicle.
The pupils had to make an overnight stop to continue their muddy journey to school the next day. pic.twitter.com/KcxQQFetpo
— Daily Express Malaysia (@DailyExpress_MY) January 20, 2024
Artikel Berkaitan: “Bila fikir balik cringe rupanya” – Tular Video Sesi Pelajar Menangis Masa Kem Motivasi Buat Netizen Imbau Zaman Sekolah
Artikel Berkaitan: “Siapa yang salah dalam hal ni?”- Netizen Risau Masa Depan Lepas Tengok Budak Sekolah Zaman Sekarang Jawab Soalan Peperiksaan
Memetik laporan Berita Harian, murid-murid itu pada awalnya telah menumpang kereta guru mereka yang turut dalam perjalanan ke sekolah tapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan guru yang mereka tumpangi tersebut tiba-tiba rosak ketika dalam perjalanan.
Kenderaan yang rosak itu kemudiannya memaksa mereka untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk sampai ke sekolah.
Murid-murid itu juga turut membawa sedikit bekalan makanan dan peralatan sekolah dalam perjalanan itu.
Difahamkan juga, murid-murid dan dua guru tersebut tidak berjaya untuk sampai ke sekolah dalam hari yang sama kerana hujan lebat.
Kesemua mereka kemudiannya terpaksa bermalam di pondok kebun penduduk di kawasan Magandai.
Guru tersebut yang dikenali sebagai Moniq Cfrndz mengatakan beliau berharap agar jalan untuk ke Sekolah Kebangsaan Magandai itu segera diperbaiki agar memudahkan penduduk dan murid sekolah keluar masuk.
Sumber: Berita Harian