in

“Terpaksa guna tali angkat m*yat” – Remaja Maut Jatuh Dalam Sungai Ketika Rakam Gambar Di Lata Jarum

remaja lemas ambil gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi tidak diingini menimpa seorang remaja berusia 18 tahun apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Lata Jarum, Ulu Dong, dekat Raub, Pahang, semalam.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa, Muhammad Shahrul Ikwan Adam Hareez Islami ditemui pada kedalaman tiga meter di dasar sungai berhampiran lokasi kejadian.


Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.10 petang.

Artikel berkaitan: “Rakam bukan untuk viral tapi untuk bukti”- Dikecam Kerana Rakam Kanak-kanak Hampir Lemas Tapi Tak Bantu, Kakak Lelaki Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Artikel berkaitan: Pelajar Lembam Hilang Sejak Jumaat Ditemukan Lemas Selepas Keluar Mandi Bersama Rakan

Seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sebaik tiba di tempat kejadian, dan mayat remaja terbabit ditemui pada jam 5.45 petang,” katanya.

Zulfadli juga berkata, mangsa difahamkan datang ke Lata Jarum bersama tiga orang rakannya, sebelum terjatuh ketika berada di tebing sungai untuk mengambil gambar.

Saksi memaklumkan mangsa terjatuh ketika berada di tebing sungai. Lokasi di mana mangsa dijumpai terlalu curam, menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan tali untuk mengangkat mayat ke atas tebing,” tambahnya lagi.

Mayat mangsa kini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.

Al fatihah buat mangsa dan semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. 

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.