in

Terpaksa Cagar Rumah Untuk Bayar Ikat Jamin

Mo1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, Datuk Seri Najib Razak telah dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah yang babitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

Menurut Berita Harian, Najib telah membuat pengakuan ‘tidak bersalah dan mohon dibicarakan’ di hadapan hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak lepas kesemua kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 


Najibun
sumber: bh

Dalam pada tu, Peguam Negara, Tommy Thomas beritahu mahkamah walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas PM tu adalah kesalahan yang tak boleh diikat jamin, pihaknya tak membantah sebarang jaminan diberikan.

Tommy tawarkan jaminan RM4 juta dengan 2 orang penjamin tanpa syarat tambahan. Namun, peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bantah jumlah tu kerana menganggap ia terlalu tinggi.

Tommy Thomas 0407B
sumber: mmo

Beliau juga mohon supaya jumlah jaminan tu dikurangkan dengan ambil kira perkhidmatan anak guamnya sebagai PM yang berkhidmat untuk negara. Katanya lagi, Najib juga sebelum ni tak ada kesalahan lampau dan juga kesalahan trafik.

Tan Sri Muhammad Shafee minta jaminan anak guamnya antara RM 500,000 dan RM800,000 dan maklumkan juga yang Najib akan cagarkan rumahnya di Taman Duta bagi bayar jaminan tu memandangkan semua akaun milik ahli keluarga dah pun dibekukan. Oh my! 

Peguam Negara walau bagaimanapun bantah rayuan tu dan tegaskan jaminan RM4 juta adalah jumlah yang wajar kerana ia kurang 10% daripada jumlah RM42 juta seperti pertuduhan. Macam manapun, Hakim Mahkamah Tinggi benarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin serta perintahkan dua pasport Najib diserahkan kepada mahkamah.

Dhpaz2Xucaaqpet
sumber: twitter

Sebelum perbicaraan tamat, hakim juga dah menetapkan 8 Ogos sebagai hari pengurusan kes, dan tarikh bicara antara 18 hingga 28 Februari 2019, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac.

Sama-sama kita nantikan apa yang berlaku lepas ni! 

Baca: Najib Tak Pakai Baju Oren

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.