Bagi mereka yang lahir tahun 90 an, mesti ramai yang kenal dengan nama Hana Tajima kan? Nama yang pernah menjadi sebutan masa habis sekolah atau waktu tengah belajar dekat kolej dulu.
Bagi yang tak kenal ini serba sedikit mengenai beliau…
Hana Tajima Simpson
Hana Tajima pernah menjadi ikutan para-para hijabista sekitar tahun 2011, gadis kacukan British dan Jepun ini menjadi inspirasi buat para-para muslimah dalam melakukan fesyen tudung.
Boleh dikatakan, Hana Tajima ini merupakan seorang influencer dan trendsetter terawal dalam fesyen pakaian muslimah
Mula memeluk islam pada umur 17 tahun, fesyen Hana Tajima memiliki nilai unik, sederhana, dan mengikuti trend.
Jadi, kenapa sampai warganet di Twitter teruja bila Hana Tajima update tweet?
Memori zaman study dulu, OG influencer, teringat ikut fesyen tudung – Netizen
Seperti yang dikatakan tadi, bagi yang lahir tahun 90-an namanya memang cukup terkenal masa tengah study, buktinya ramai netizen yang teruja bila Hana Tajima update tweet setelah sekian lama sepi dari platform media sosial tersebut.
Sambil bertanyakan khabar kepada para pengikut, Hana Tajima menjelaskan bahawa dia akui sudah 4 tahun mendiam di Twitter kerana ada log keluar, lupa kata laluan dan dapat selesaikan isu ini selepas 4 tahun.
Hi, how u? ? I logged out of my account, forgot my password… only took 4 years to remember to sort that out ??♀️
— Hana Tajima (@hana_tajima) November 14, 2021
Tweet ringkas itu telah meraih lebih daripada 1,500 jumlah retweets dan rata-rata netizen teruja kerana mengimbau zaman muda apabila melihat namanya, bahkan ada juga yang alami perkara yang sama seperti Hana Tajima.
Baca : “Apapun yg korang cakap sy terima” – Nonny Nadirah Akhirnya Buka Mulut Isu Tak Berhijab?