in

Terlibat Lumba Haram Di Hat Yai, 10 Pelancong Malaysia Didenda 5,000 Baht Oleh Polis Thailand

lumba haram thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas, 10 pelancong Malaysia telah dikenakan denda oleh polis Thailand.

Kumpulan pelancong yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita yang berusia di antara 21 hingga 37 tahun didakwa terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan berhampiran Bazaar Getaway, berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk setempat.


498662720 1182023750632395 6679006954694994955 n

499073063 1182023690632401 9000496789724964121 n

Menurut Ketua Polis Kohong Hat Yai, Kol. Pol. Apichat Wannako, kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan pihaknya telah menerima laporan daripada penduduk yang bimbang dengan keselamatan jalan raya di kawasan itu.

Artikel berkaitan: Nak ‘Test Power’ Kereta, Dua Mekanik Dicekup Berlumba Haram Di Lebuhraya DASH

Artikel berkaitan: Dua Pemandu Berlumba Ketika Jalan Licin Rempuh Kereta Dinaiki 8 Sekeluarga di Lebuhraya Karak

Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan mendapati enam kereta berdaftar di Malaysia yang telah diubah suai digunakan untuk memandu secara berbahaya. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan dan menjejaki suspek,” katanya kepada pemberita.

499995073 1182023960632374 1727236669369598781 n

Kesemua suspek difahamkan mengakui kesalahan mereka dan membayar denda sebanyak 5,000 Baht (RM648.64) setiap seorang sebelum dibebaskan pada Ahad.

Pihak polis Thailand juga mengingatkan pelancong agar patuhi undang-undang di Thailand bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

Aduhai buat malu negara je bila kejadian macam ini terjadi… 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: SH
Sumber: SH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.