Disebabkan terlalu mahu hidup sebagai haiwan, sorang lelaki dari Jepun yang dikenali sebagai Toco berjaya mencapai impiannya itu dengan menjadi seekor anjing.
Difahamkan, impian Toco berjaya direalisasikan dengan kesan khas Zeppet yang menyiapkan kostum anjing ultra-realistik. Kostum anjing ini begitu hebat sehingga mampu menyembunyikan kerangka manusia dan membolehkan pemakainya berfantasi.
Toco telah membelanjakan sebanyak kira-kira dua juta yen, bersamaan lebih RM600,000 untuk mencapai impiannya menjadi anjing.
Hasil kostum itu sangat mengagumkan apabila Toco berjaya bertukar menjadi anjing jenis Rough Collie, yang kelihatan seperti anjing yang sebenar.
Apabila ditanya mengapa dia mahu menjadi haiwan, Toco berkata ia adalah sesuatu yang sulit untuk dijawab. Kisah Toco mendapat perhatian media Jepun, sehingga rancangan televisyen nasional seperti Nippon TV membuat liputan tentang kisahnya.
Hasil tinjauan di media sosial mendapati rata-rata warganet masih begelut untuk memahami keinginan Toco yang mahu hidup sebagai seekor anjing.
Best ke jadi anjing ni?
Kredit: Harian Metro
BACA: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan