in

“Terlalu banyak kebaikannya” – Fizo Omar Minta Netizen Tak Patut Hina Najib

ft fizo DS Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan usahawan Fizo Omar menyatakan bahawa isu mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara bukan satu perkara untuk diraikan.

Katanya menerusi laman Instagram, dia menyatakan perkara ini dikatakan satu moment bersejarah, jadi dia sendiri tak nafikan dapat melihat banyak netizen yang memberikan  reaksi sindiran terutamanya mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza.


 

“Pada saya moment ini adalah bukan untuk diraikan”

Jadi, Fizo memberi pandangan bahawa ianya bukanlah satu perkara yang perlu diraikan, dia menasihati netizen agar pandang dari sudut berbeza.

“Ini adalah percaturan yg maha hebat Allah swt yg saya percaya ada mesej yg tersirat utk kita semua.”

“Kita semua rakyat Malaysia berada dibawah undang-undang yang sama dan tidak ada kelebihan berdasarkan jawatan, pangkat mahupun kuasa. Soal tentang kebenaran diatas apa yang dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya.”

https://www.instagram.com/p/ChoL6cGLy48/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Tambahnya, sebagai rakyat Malaysia, kita tak sepatutnya terus menghina dan menghukumnya. Fizo menceritakan bahawa dia ada pengalaman berkerjasama dengan DS Najib dan menyatakan banyak kebaikan daripada beliau.

“Beberapa kali saya berpeluang berkerjasama dgn DSN, terlalu banyak kebaikannya untuk saya ceritakan disini, dan tidak dinafikan juga, kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinan DSN. Terima kasih saya ucapkan diatas jasa dan pengorbanan DSN.”

Oleh itu, Fizo berharap agar peristiwa ini dapat membuka mata semua pihak dan sebagai satu amaran keras kepada ahli-ahli politik dan para pemimpin bahawa bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang undang negara.

Fizo juga berharap agar seluruh keluarga DS Najib tabah  menghadapi dugaan ini dan meminta orang ramai doakan hikmah kebaikan disebalik apa yang berlaku.

Baca : “Semua banduan sama” – Jabatan Penjara Nafi Najib Dapat Layanan & Bilik Istimewa

collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.