Berita sedih diterima awal pagi ini apabila dianggarkan sebanyak 79 individu termasuklah kanak-kanak menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan awam berhampiran Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, malam tadi.
Menurut Berita Harian, maklumat kemaskini setakat jam 7 pagi ini melaporkan dua mangsa telah disahkan maut dengan 23 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pasukan Bomba sedang mencari dan menyelamat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Gohtong Jaya, di Genting Highland, Pahang, dipercayai menjadi mangsa runtuhan tanah runtuh berketinggian 30 meter, awal pagi ini.
📸 Bomba Selangor | @bombaJBPM pic.twitter.com/8VOrHRlXpg
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 15, 2022
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi Facebook memberitahu insiden ini berlaku sekitar jam 2.20 pagi tadi dan seramai 20 anggota bersama 3 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting dikejarkan ke lokasi kejadian.
Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan terbabit kejadian runtuhan, dengan 23 daripadanya selamat.
“Sehingga kini, dua mangsa disahkan meninggal dunia, dengan tiga cedera dan 51 yang lain masih belum ditemui.
“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu bersama agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART,” katanya.
[TERKINI] Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi – @PDRMsia
📸 @APMtwiter pic.twitter.com/CNfDsvFkBb
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 16, 2022
Selain itu, pihak bomba juga memaklumkan tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.
Ketinggian runtuhan juga dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.
Operasi mencari dan menyelamat kini sedang diteruskan dan diharap kesemua mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan.
Berita lanjut menyusul.