in

[TERKINI] Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Ira Kaza Syamsul Yusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Alhamdulillah syukur saya telah bernikah secara sah dengan Ira hari ini berwalikan bapanya”

Itulah ungkapan daripada pengarah tersohor Syamsul Yusof mengenai isu rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah.

Melalui Instagram miliknya, pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu memberitahu dia telah pun bernikah secara sah dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatinah Binti Kazaruddin.


https://www.instagram.com/p/CnEIhZfoc3B/

Selain itu, dia memberitahu Puteri Sarah masih lagi isterinya dan meminta agar dirinya serta anak-anak kembali ke rumah untuk menjelaskan serta berbincang dengan cara yang baik.

Syamsul turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.

Semoga baik-baik sahaja semuanya…

Baca: “Soroklah selagi boleh sorok” – Puteri Sarah Bagi Klu Ira Kazar Dah Kahwini Syamsul Yusof?

Puteri Sarah Ira Kazar Dah Kahwin Syamsul Yusof

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.