in

[TERKINI] Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Dato’ & Dato’ Seri Daripada Najib Razak

Ft Najib Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang diberikan kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor telah ditarik balik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa pada hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas baginda mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang dan berunding dengan Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor, lapor Astro Awani.


622D6F945Be04

Tambah beliau, penarikan itu selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

“Datuk Seri Najib Razak telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.”

“Beliau telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn. Bhd.”

“Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.”

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan DPMS Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022.”

Screenshot 2022 09 12 174424

Malah, beliau berkata, Rosmah pula dikurniakan Keahlian SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.

Katanya, Rosmah telah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

“Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.”

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022.”

Baca : “Atas dasar kemanusiaan, kami merayu”-  Keluarga Najib Razak Risau, Kesihatan Semakin Memburuk

Najib Darah Tinggi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.