Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkuat kuasa hari ini.
Menerusi Facebook rasmi Istana Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengisytiharkan gelaran tersebut ketika membacakan teks menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
https://www.facebook.com/istanakelantan/posts/pfbid0VoaSSCLw5tHjfpAMr8o6FCcUb4uWTsLnNuA9AMWhG5iUNSraxCVjHSgfnMdmAWPil
Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kehadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Selain itu, baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Baca: “Jangan sampai rakyat Johor desak untuk keluar dari Malaysia” – Sultan Johor