in

[TERKINI] Status MP Najib Kekal Lepas Fail Petisyen Pengampunan Diraja

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, status bekas Perdana Menteri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan boleh digugurkan esok sekiranya gagal membuat permohonan pengampunan diraja.

Bagaimanapun, sebentar tadi melalui kenyataan media, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Azhar Harun mengatakan Najib telah pun failkan petisyen pengampunan diraja atas sabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International.


Menurut Azhar, Najib telah failkan petisyen ini pada 2 September lalu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes tersebut.

Maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).

Ini bermakna, status Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Ahli Perlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan hanya akan dimuktamadkan apabila pengampunan itu dibereskan.”

Kenyataan Azhar ini dikeluarkan tak berapa lama selepas memberitahu wartawan bahawa status Najib sebagai Ahli Parlimen berkemungkinan digugurkan esok.

Sebelum ini, Azhar mengatakan Najib secara automatik akan digugurkan sebagai Ahli Parlimen Pekan selepas 14 hari sekiranya tiada prosedur dari mahkamah atau permohonan diraja dibuat dalam tempoh tersebut.

Untuk pengetahuan korang, Najib telah dipenjarakan 13 hari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta bagi kes SRC International.

Najib telah menjadi Ahli Parlimen Pekan selama lima penggal sejak tahun 1976.

 

Baca: “Keadaannya stabil” – Najib Razak Dimasukkan Ke Hospital Akibat Masalah Kesihatan

Screenshot 2022 09 05 At 1.02.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.