Hari ini, Mahkamah Tinggi mensabitkan isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas tiga tuduhan rasuah bernilai RM1.25 bilion membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh bersalah atas semua pertuduhan, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Poh Yih Tinn.
Pembelaan pula diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork.
Sebagai info, Rosmah Mansor didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Berita lanjut menyusul.
Baca: [TERKINI] Mahkamah Tolak Rayuan Kes SRC Najib, Sabitan & Hukuman Dikekalkan