Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut.
Berikut SOP dan aktiviti yang dilarang yang ditetapkan MKN:
- Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan. - Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan. - Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup - Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
ditutup. - Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN. - Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walau bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
[TERKINI] PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Perkara itu dimaklumkan oleh DS @IsmailSabri60 dalam sidang media sebentar tadi.#HapusCOVID19 pic.twitter.com/2jsxFaDY0p
— Astro AWANI (@501Awani) October 12, 2020
Baca: [TERKINI] PKPB Mukim Klang: “Majlis Kahwin Yang Telah Dirancang Boleh Diteruskan” – DS Ismail Sabri