in

[TERKINI] PKP Di Seluruh Kelantan Bermula Esok Hingga 26 Januari Ini!

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Rabu lepas, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Sabar dan ketiga tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Hari ini, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Kelantan juga akan turut ikut jejak langkah 6 negeri lain bermula esok 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.


Sekatanjalanraya1A 1586338912 1

Tindakan ini diambil ekoran Kelantan telah pun merekodkan kes tertinggi dan tak menunjukkan sebarang penurunan yang mendadak.

Tak cukup dengan itu, hampir kesemua daerah di Kelantan kini berada di zon merah.

Selain itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin mengatakan sebanyak dua pusat kuarantin telah ditambah di Gua Musang dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan menjadikan lima pusat kuarantin di Kelantan setakat ini, lapor Harian Metro.

 

Baca: [TERKINI] 6 Negeri Ini Akan Jalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Bermula Rabu Ini!

Screenshot 2021 01 15 At 5.44.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.