Seorang penumpang telah terjatuh dari platform LRT Pusat Bandar Puchong pada awal pagi ni (1 Ogos) dan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor WORLD OF BUZZ.
Menurut entri Facebook yang dikongsikan netizen, ia tidak pasti sama ada mangsa tersebut secara tak sengaja terjatuh dari platform tersebut hingga ke atas trek atau mangsa merancang untuk membunuh diri.
Walau bagaimanapun, insiden ni telah mengakibatkan gangguan dalam schedule perjalanan tren kerana pihak polis terpaksa membersihkan cebisan mayat mangsa dari trek tersebut. Aduhai!
“Pada mulanya polis suruh kami kosongkan platform tu dan kami terpaksa turun ke tingkat bawah (ground floor). Ada mayat di bahagian trek tren bertentangan dan polis kata mangsa mungkin telah terjatuh dari tren,” kata netizen.
Sejak dari jam 10 pagi tadi, mayat dikatakan telah diangkat dan servis tren telah beroperasi seperti biasa.
Menurut laporan NST yang terbaru, seorang penumpang lelaki disahkan telah meninggal dunia lepas terjatuh ke trek stesen LRT Puchong sekitar jam 8 pagi tadi. Sewaktu artikel ni ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang statement lanjut mengenai hal ni.
Sebarang info akan kami update dari masa ke masa. Follow Lobak Merah untuk informasi terkini!
Baca: Nak Bunuh Diri Dengan 2 Anak?