Pergerakan pelancongan untuk rentas negeri antara negeri yang berstatus PKPP akan dibenarkan bermula esok namun dengan syarat ketat.
Antaranya, guna syarikat berlesen dengan MOTAC dan tidak boleh guna kenderaan persendirian tapi pengangkutan disediakan oleh syarikat pelancongan.
Pergerakan pelancongan dari negeri PKPP ke PKPP adalah dibenarkan dengan beberapa syarat:
– Perlu menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
– Menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar.
– Pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan. pic.twitter.com/9ERIeutBT4— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 9, 2021
Dalam pada itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media harian PKPP/PKPB oleh Majlis Keselamatan Negara juga berkata Langkawi diubah status kepada PKPP daripada PKPB bagaimanapun Kedah masih PKPB.
Sementara itu, acara langsung industri kreatif juga dibenarkan dengan SOP ketat.
Baca : Semua Perniagaan Boleh Beropersi Sampai 12 AM Lepas Tamat PKP – MKN