in

[TERKINI] “Nampak dah berkecai” – Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, 10 Dikhuatiri Maut

Pesawat Terhempas Elmina

Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam kira-kira jam 2 petang tadi.

Beberapa video di tempat kejadian tular di media sosial dan difahamkan insiden itu melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan berada di Persiaran Elmina berdekatan dengan susur Lebuhraya Guthrie.

Menurut Harian Metro, difahamkan model pesawat itu ialah Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.

Setakat ini, ada sumber mengatakan terdapat kematian 3 orang termasuk juruterbang, penumpang dan penunggang motosikal.

Dalam laporan lain, seorang saksi yang berada di tempat kejadian memberitahu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang sebelum terdengar bunyi dentuman, yang pada mulanya disangka kilang terbakar.

“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.

“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan oleh Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim petang ini.

Sebagai info, video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.

Dalam perkembangan terkini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa model Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV telah terhempas, keadaan enam penumpang, dua anak kapal masih belum disahkan.

Utusan Online pula melaporkan, EXCO Kerajaan Negeri antara mangsa terlibat dalam nahas pesawat ringan tersebut.

Berita lanjut menyusul… 

Baca: [TERKINI] Helikopter Bomba Terhempas Di Subang, Semua Mangsa Selamat

Cover 2