Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua 7 pertuduhan membabitkan dana RM42 juta dari SRC International. Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Menurut The Malaysian Insight, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, didapati bersalah termasuk 3 kes pertuduhan CBT dan 3 lagi kes pengubahan wang haram lebih RM42 juta dari SRC.
Sabitan kes ini menjadikan Najib Razak sebagai ketua negara Malaysia pertama yang dituduh dan disabitkan kesalahan di mahkamah.
Baca: [Terkini] Datuk Seri Najib Tun Razak Didapati Bersalah Kes Salah Guna Kuasa Dana SRC International