Menerusi sidang media PKPP yang berlansung sebentar tadi, Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa, Kementerian Keselamatan telah bersetuju dengan cadangan KKM untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokasi.
Penjara Seberani Perai & PPR Kota Harmoni, Sandakan, Sabah
Atas nasihat KKM, MKN Bersetuju buat PKPD di penjara Seberang Perai dan kuarters perumahan penjara Seberang Perai bermula 22 Oktober hingga 4 November 2020″
Bagi tahanan yang bakal di bekaskan dalam tempoh ini, mereka akan dikuarantin di satu tempat khas sehingga tamat tempoh kuarantin.
Malah, atas nasihat KKM, MKN bersetuju laksanakan PKPD di PPR taman harmoni bermula 23 Oktober hingga 5 November 2020. yang akan melibatkan 870 unit rumah dan seramai 4481 penduduk.
Semua penduduk perlu mematuhi SOP:
- Tak boleh keluar kecuali kecemasan dan kematian atas kebenaran PDRM
- Melakukan ujian saringan secara bersasar kepada semua penduduk
- Bekalan makanan akan diagihkan oleh kerajaan negeri
- SOP berkaitan boleh rujuk laman sesawang MKN
Baca : KKM Diminta Beri Pendapat Jika Selangor Perlu PKPD – Ismail Sabri