in

TERKINI: Malaysia SAH Ada 20 Kes Baru POSITIF Covid-19, Angka Meningkat 149 Kes

corona msia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TERKINI: Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah kes coronavirus atau Covid-19 apabila sebanyak 20 kes terbaru dilaporkan hari ini.

Pertambahan 20 kes baru ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 149 kes. 


corona4

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan hal itu dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Daripada jumlah ini, sebanyak 22 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19;124 kes dari kalangan kontak rapat; satu kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan Covid-19 dan dua lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.”

Kini kontak-kontak rapat bagi kes baru yang dilaporkan ini sedang dikenalpasti dan segala aktiviti pengesanan kontak rapat juga sedang dijalankan sehinggalah punca lokasi jangkitan ini terjadi dapat diketahui.

corona2

Setakat ini, dua kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan namun dilaporkan masih dalam keadaan stabil.

Daripada dua kes ini, satu kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala satu kes lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.”

Difahamkan, kes ke-78 yang disahkan positif Covid-19 sudah pulih dan kini dibenarkan pulang. Sebanyak 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad.

Baca: [TERKINI] Malaysia Kedua Paling TERUK Di Asia Tenggara Lepas Angka Covid-19 Meningkat Ke 117 Kes, 2 KRITIKAL

collage 19

Sumber: Blog
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.