in

[TERKINI] Mahkamah Tolak Rayuan Kes SRC Najib, Sabitan & Hukuman Dikekalkan

Malaysia Politics Corruption 085717 2567502 20220816204607

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan perbicaraan rayuan terakhir bagi Bekas Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes penyelewengan dana sebanyak RM 42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Menurut laporan Astro AWANI, difahamkan puluhan penyokong Ahli Parlimen Pekan  berada di luar mahkamah sejak pagi segera mengerumuninya, bekas Perdana Menteri itu sempat berbual sebentar dengan mereka.


Dia memberitahu bahawa dia telah melakukan sedaya upaya dalam mempertahankan dirinya berhubung kes SRC International Sdn Bhd dan kini semuanya terletak kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, perbicaraan yang telah ditunda beberapa kali itu menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu dan sabitan serta hukuman ke atasnya dikekalkan.

“Oleh itu rayuan ini ditolak sebulat suara dan sabitan serta hukuman disahkan.” 

Najib Razak telah diperintahkan jalani hukuman penjara.

Berita lanjut bakal menyusul. 

Baca: Gambar Viral Pegawai Penjara Dah ‘Ready’ Nak Tahan Najib Adalah PALSU!

Collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.