Macam yang korang tahu, sejak PKP bermula, ramai betul yang mengadu tak sempat nak cari makan malam gara-gara kedai ditutup cepat.
Isu ini berlanjutan sehingga tanda pagar #sibodohkaudengarsini trending gara-gara susah nak pesan makanan dalam talian kerana terlalu banyak sangat pesanan dibuat pada waktu menghampiri jam 8 malam.
Mendengar rintihan dari netizen ini, sebentar tadi dalam sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang kerajaan telah setuju untuk lanjutkan operasi kedai makan dan restoran sehingga jam 10 malam bermula esok 22 Januari.
Kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi hingga pukul 10 malam mulai 22 Januari 2021- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#HapusCOVID19 #Darurat pic.twitter.com/woC4fX6EQ7
— Astro AWANI (@501Awani) January 21, 2021
Tambahnya lagi, keputusan ini dibuat selepas terdapat pelbagai rungutan di media sosial dan dihantar secara peribadi kepadanya dan kerana kerajaan sentiasa mendengar masalah rakyat, mesyuarat telah dibuat dan mereka bersetuju untuk lanjutkan operasi kedai makan.
Bagaimanapun dine-in atau makan di kedai masih tidak dibenarkan, sebaliknya ia kekal dengan kaedah pembungkusan dan bawa pulang.