in

[TERKINI] Helikopter Bomba Terhempas Di Subang, Semua Mangsa Selamat

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu insiden kemalangan melibatkan helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189, nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Kejadian ini disahkan sendiri oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud, helikopter tersebut dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk tujuan ujian penerbangan.


Sambungnya lagi, sejurus kemalangan berlaku, menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden terbabit.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter terbabit dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya kepada sumber.

Untuk rekod, tujuh penumpang termasuk juruterbang dilaporkan berada di dalam keadaan stabil. Siasatan lanjut akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan ke atas insiden terbabit.

Kredit: Harian Metro

BACA: Polis Siasat Gambar Helikopter Mendarat Di Kawasan Lapang Untuk Hantar Pelajar Ke Sekolah

Screenshot 2023 07 22 153923

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.