Satu lagi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di mana harga petrol RON95 turun dari RM2.50 kepada RM1.99 seliter.
PMX berkata kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.
Menurutnya, bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan
belanja hampir RM20 bilion setahun meskipun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.
Beliau juga berkata, ia terhad untuk warganegara sahaja dan bagi individu yang ingin mendapatkan harga subsidi itu perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad.
Berita lanjut menyusul.