Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 2 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Ogos 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,001 kes.
Kedua-dua merupakan kes tempatan dikalangan warganegara Malaysia.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 208 kes.
Manakala 1 pesakit berada di ICU dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 125 kes.
4 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,668 kes.
Baca: [TERKINI] Satu Angka Sahaja! 8 Kes Baru, 5 Kes Pulih, TIADA Kes Kematian