Satu berita tergempar dimana calon daripada Pakatan Harapan bagi Parlimen Padang Serai, Kedah, M. Karupaiya meninggal dunia, pada hari ini, 3 hari sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menerusi The Vibes, Karupaiya yang sepatutnya akan bertanding menentang Datuk C. Sivarraajh dari MIC, Hamzah Abd Rahman dari Pejuang, Datuk Cikgu Azman dari Perikatan Nasional, Mohd Bakhri Hashim dari Warisan dan Ananda A. K. dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Karupaiya sebelum ini pernah memenangi kerusi itu pada 2018 dengan majoriti 8,813 undi, menewaskan Leong Yong Kong dari Barisan Nasional dan Muhamad Sobri Osman dari PAS.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merakamkan ucapan takziah dan menyifatkan kematian Karupaiya adalah satu kehilangan besar bagi parti dan gerakan reformasi.
“Kali terakhir kami bertemu pada 14 November di mana kami berada di pentas ceramah di Kulim. Beliau memberi ucapan ringkas dan berkongsi tumpuan dengan Pengerusi PH (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas ucapan penggulungan.”
Sementara itu, calon daripada parti lawan Sivarraajh turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan penyokong Karupaiya.
“Saya terkejut dengan berita kematiannya. Ini merupakan satu kerugian yang besar dan tidak dijangka bagi penduduk Padang Serai. Semoga dia berehat dengan tenang.”
Menurut Peraturan – peraturan Pilihan Raya 1981, jika calon meninggal dunia sebelum pengundian dijalankan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) :
“Kematian calon pilihan raya selepas hari penamaan calon akan membolehkan satu tarikh pilihan raya yang baru untuk diadakan untuk kerusi yang ditandingi.”
Takziah dan moga keluarga mendiang tabah di atas pemergian beliau.
Baca : PRU15 : Ini ‘Highlight’ Manifesto Dari PN, PH & BN Kepada Pengundi