Hari ini, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan bahawa semua aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan PKPB boleh mula beroperasi sehingga jam 12 malam mulai esok (24 November 2020).
AKTIVITI PERNIAGAAN DI KAWASAN PKPB DIBENARKAN UNTUK BEROPERASI SEHINGGA 12.00 TENGAH MALAM BERMULA 24 NOVEMBER 2020 pic.twitter.com/yFF4ywzImh
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) November 23, 2020
Dalam pada itu, menerusi perkembangan harian PKPB/PKPP oleh Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa PKPB di Daerah Kuching, Sarawak dilanjutkan sehingga 27 November 2020.
Sementara itu, PKPD di Putra Point, Negeri Sembilan akan dilanjutkan sehingga 30 November ini. Manakala PKPD di, Kg. Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah pula dilanjutkan sehingga 7 Disember.
PKPD di Penjara Seremban & Kuarters Penjara Seremban. Negeri Sembilan pula akan mula berkuatkuasa pada 24 November hingga 7 November 2020.
Disamping itu, PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pula akan ditamatkan pada 25 November ini.
Manakala, Plaza Hentian Kajang, Selangor dan Taman Mesra Sandakan, Sabah pula ditamatkan pada 24 November 2020.
Baca : PKPD Mungkin Akan Dilaksanakan Di Kuala Lumpur – DS Ismail Sabri