in

[TERKINI] Agong Titah Lanjutkan Proses Pemilihan PM Hingga 2 Petang Esok

tangguh pm10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sudah maklum, politik di Malaysia kini diselubungi teka-teki berkenaan pemilihan Perdana Menteri (PM) ke-10 serta pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.

Terbaru, pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan di mana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga jam 2 petang esok (22 November).


https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/pfbid0NKRMNHQaWVmkq1SwZi6Y5dfvsfV3eGZrTvj6eDB32HabEhvwskAikgLwgS6CWHuZl

Menurut kenyataan tersebut, perlanjutan itu adalah susulan daripada permohonan daripada ketua-ketua parti politik yang telah diterima oleh pihak istana.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau ‘Caretaker Prim Minister’ berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi kerajaan sementara.” tulisnya.

Selain itu, Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Baca: PRU15: NGO Dakwa Sikap ‘Lupa Daratan’ Punca Barisan Nasional Kalah Besar?

Rbj Gekfdms.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.