Kes harian COVID 19 kali ini bukan seperti hari-hari biasa. Menerusi laporan Kementerian Kesihatan sebentar tadi, sebanyak 62 kes baru telah dilaporkan hari ini (7 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,459 kes.
Daripada 62 kes ini, 56 adalah kes tempatan (16 warganegara 40 bukan warganegara) dan 6 kes import.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes.
9 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,124 kes.
40 kes sahaja di Sabah?
Menerusi perkongsian Twitter KKM, 51 kes sahaja dilaporkan di Sabah dengan 40 kes bukan warganegara dan 11 kes warganegara.
Perincian kes baharu #COVID19 pada 7 Sept.
Kuala Lumpur – 4 import
Selangor – 2 import
Sabah – 51 tempatan
Kedah – 4 tempatan
P. Pinang – 1 tempatan pic.twitter.com/UCsJycDrjV— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) September 7, 2020
“Sebahagian besar membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes. Satu lagi kluster baharu di Kedah, Kluster Sungai. Tiada kematian baharu dilaporkan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media perkembangan Covid-19, hari ini.
Baca: [TERKINI] 14 Kes Baru, 4 Kes Sembuh & Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini