Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 6 kes baru telah dilaporkan hari ini (26 Ogos 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,291 kes.
Antara 6 kes ini, 5 adalah kes tempatan (warganegara) dan 1 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 189 kes.
Manakala 9 pesakit berada di ICU dan 6 kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 125 kes.
7 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,978 kes.
Baca: [TERKINI] 11 Kes Baru, 6 Kes Pulih & TIADA Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini