Di atas nasihat dan pandangan KKM, sidang khas MKN bersetuju untuk laksanakan PKP terhadap 6 daerah di Selangor :
- Hulu langat
- Petaling
- Gombak
- Klang
- Kuala Langat
- Sepang
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa, PKP akan berkuatkuasa bermula 6 Mei hingga 17 Mei 2021. Manakala 3 daerah lagi iaitu Kuala Selangor Sabak Bernam dan Ulu Selangor dikenakan PKPB.
Setelah peningkatan mendadak Covid-19, negeri Selangor telah mencatatkan kes harian tertinggi. Rentas daerah tidak dibenarkan.
PKP dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula 6 sehingga 17 Mei – Ismail Sabri
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 4, 2021
Baca : Viral SOP Aidilfitri, Tak Boleh Rentas Daerah Adalah Palsu – MKN