Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 39 kes baru dilaporkan hari ini (7 Mei 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 6,467 kes.
Manakala 19 pesakit di ICU (8 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).
Tiada kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 107 kes.
74 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 4,776 kes.
KKM menasihatkan orang ramai untuk tak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPByang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan Covid-19 yang diamalkan sebelum ini.
Baca: [TERKINI] Hanya 55 Kes Baru Hari Ini, 71 Kes Pulih & Tiada Kes Kematian