Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 31 kes baru telah dilaporkan hari ini (14 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,946 kes.
Daripada 31 kes ini, 28 adalah kes tempatan (19 warganegara, 9 bukan warganegara) dan 3 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 615 kes.
Manakala 11 pesakit berada di ICU dan 5 kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes.
7 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,203 kes.