Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 14 kes baru telah dilaporkan hari ini (1 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,296 kes.
Daripada 14 kes ini, 9 adalah kes tempatan (5 warganegara, 4 bukan warganera) dan 5 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 151 kes.
Manakala 5 pesakit berada di ICU dan 3 kes memerlukan bantuan pernafasan.
1 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes.
21 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,075 kes.
Baca: [TERKINI] 6 Kes Baru, 6 Kes Pulih & 1 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini