Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan sebanyak 105 kes baru dilaporkan hari ini (2 Mei 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 6,176 kes.
Manakala 31 pesakit di ICU (12 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).
Tiada kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 103 kes.
116 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 4,326 kes.