in

Terkesan Dengan Tohmahan Sampai Bisnes Merudum, Shuib Rancang Nak Buka Bubblebee Ke Luar Negara

Shuib Bubblebee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes tuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta, pelawak dan usahawan, Shuib mengakui perniagaannya turut terkesan rentetan tohmahan serta kecaman daripada orang ramai.

Katanya, perkara tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengembangkan lagi jenama minuman Bubblebee ke luar negara.


Artikel berkaitan: Bubblebee Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib Mengaku Tak Bersalah

Artikel berkaitan: “Bayangkan kalau pekerja dia nampak ni” – Netizen Kurang Senang Shuib Buat Lawak Perkeso Atas Pentas

“Sudah tentu ada terkesan dengan apa yang berlaku, orang kita ni suka nilai daripada apa yang dia nampak, tapi tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Insya-Allah kita akan kembangkan perniagaan ke Borneo, Sabah dan Sarawak. Pada pertengahan bulan Januari lepas, kita dah buka francais pertama kita di Miri, itu perkembangan yang baik untuk Bubblebee.

“Saya tengah rancang untuk ke Brunei, Singapura, Makkah dan Madinah sebenarnya, insya-Allah. Jadi berbalik kepada tohmahan orang ramai, lebih baik sokong produk kita,” katanya.

Snapinsta.app 120315182 172177347825850 5302434233225932959 N 1080

Shuib minta hentikan tohmahan

Dalam pada itu, Shuib meminta agar semua pihak berhenti melemparkan kecaman terhadap keluarganya serta perniagaan dijalankan.

Ujarnya, perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi beberapa staf yang bernaung di bawah syarikatnya itu jika Bubblebee berterusan dibenci.

“Dulu kita pernah ada sehingga 700 staf tapi sekarang dalam 100 sahaja, maksudnya ada dalam ratusan staf cari makan di bawah syarikat ini, jadi kalau masih lagi difitnah macam mana pula dengan nasib mereka,” katanya.

Menurut laporan, kes perbicaraan itu bersambung ke 13 Januari tahun depan dengan mahkamah memerintahkan serahan dokumen semula kepada pihak pendakwaan.

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.