Banjir pada musim tengkujuh ini bukan hanya berlaku di negeri-negeri di Pantai Timur, negeri-negeri di utara di Kedah juga turut sama terjejas akibat banjir.
Terbaharu, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar telah dinaiki air akibat limpahan Sungai Anak Bukit yang terletak berhampiran dengan lokasi kediaman MB itu.
Memetik laporan Sinar Harian, air sungai itu yang melimpah melebihi tebing sebelum itu telah memasuki kuarters kakitangan.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Turun Padang, Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan
Artikel Berkaitan: ‘Rumah Rakit’ Di Kemaman Kembali Viral Sebab Masih Terapung Dalam Banjir
Menurut Helmi Khalid iaitu Pegawai Khas Media Menteri Besar, air banjir yang menaik itu telah memasuki dapur, ruang makan dan ruang tamu kediaman tersebut.
Difahamkan, Menteri Besar Kedah dan keluarganya masih tinggal di kediaman itu dan katanya, ini bukan kali pertama kejadian banjir seperti ini berlaku di situ.
Sama-sama kita doakan agar mangsa-mangsa banjir di setiap negeri yang terjejas tetap selamat dan semoga air banjir cepat surut di semua kawasan agar orang ramai boleh kembali ke rumah masing-masing dengan kadar segera.
Sumber: Sinar Harian