in

“Terkejut tgk anak takut, menangis” – Buka Pusat Tahfiz Secara Haram, Pasangan Suami Isteri Kantoi Dera Pelajar

Ft Derapelajar

Seorang bapa terkejut melihat keadaan anaknya yang takut dan menangis ketika mahu membayar yuran di sebuah pusat tahfiz terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya.

Menurut Kosmo!, keadaan anaknya itu membongkar rahsia bahawa pasangan suami isteri yang merupakan pemilik pusat tahfiz berkenaan, mendera pelajar-pelajar di sana.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata bapa kepada pelajar berusia lapan tahun itu telah pergi ke pusat tahfiz itu pada 23 April lepas untuk membayar yuran dan berjumpa anak lelakinya itu.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, lelaki berkenaan kemudian mendapati anaknya berada dalam keadaan takut dan menangis sambil memeluknya sebelum memberitahu tidak mahu bersekolah di situ lagi.”

Tahfiz2

Bapa mangsa kemudian membawa balik anaknya ke rumah selepas berbuka puasa. Ketika itulah kanak-kanak itu memaklumkan kepada bapanya bahawa dia telah ditumbuk di belakang tengkuk serta dipukul dengan rotan pada tangan serta kaki oleh suspek.

Suspek kedua (isteri) pula didakwa telah menampar pipi kanak-kanak berkenaan sebanyak empat kali. Susulan pendedahan itu, bapa mangsa kemudiannya telah melaporkan kejadian kepada pihak polis.”

Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis seterusnya menahan kedua-dua suspek di pusat tahfiz terbabit kira-kira pukul 3.45 petang semalam dan turut menyelamatkan lapan pelajar lelaki berusia 7 hingga 15 tahun yang turut mendakwa telah didera.”

Nab1

Susulan laporan itu, polis telah menahan pasangan suami terbabit semalam dan kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang bagi pemeriksaan lanjut. Sementara itu, pemeriksaan pada mangsa berusia 7 tahun 6 bulan tadi telah menemui kesan kecederaan baru serta lama pada keseluruhan badannya.

Baca: “Kalau nak rogol jangan rogol bawah 18″ – Pelajar Dedah Cikgu Lelaki Buat Lawak Lucah Dalam Kelas, Netizen Geram

Collage 48