in

Terjatuh Masa Rehat Dekat Sekolah, Leher Budak 11 Tahun Tercucuk Pensel Tajam

Collage 28

Seorang budak perempuan 11 tahun dikejarkan ke hospital lepas sebatang pensel tercucuk lehernya lepas dia terjatuh di sekolah. Sakit gila!

Menurut Mirror, kanak-kanak ini terjatuh semasa waktu rehat dan bahagian tajam pensel yang dipegangnya tercucuk bahagian kiri lehernya.

1 Girl 11 Rushed To Hospital With Pencil Embedded In Neck Artery After Landing On Sharpened End Whe

Macam yang korang tengok dekat gambar atas ni, pensel tu dorang tak keluarkan dan ambulans cepat-cepat bawa dia ke pusat kesihatan yang berhampiran sebelum dia dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak di Toronto, Canada.

Laporan perubatan mengatakan budak ini tak menunjukkan tanda-tanda yang dia sukar untuk bernafas.

“Pemeriksaan dalaman mendapati ada pensel tercucuk di bahagian kiri leher tapi tak ada pendarahan berlebihan di luar atau haematoma dari luka tusukan.”

Kerana keadaan budak ini stabil, dia dibawa terus ke bilik bedah selepas imbasan leher diambil. Pakar bedah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan pensel tersebut.

Tapi korang jangan risau, budak ni sekarang dah pun keluar dari hospital dan dibenarkan pulang ke rumah dua hari selepas pembedahan.

Ish bahayanya, nasib baik takde benda yang buruk jadi dekat budak ni. Bahaya pulak pensel ni, padahal kita bagi anak-anak main relax je.

 

Baca: [Video] “Nasib baik dia selamat” – Ajaib! Lelaki Masih Boleh Bercakap Walaupun Sebatang Besi Tercucuk Menembusi Kepala

Screenshot 2019 05 17 At 4.46.34 Pm