Satu kejadian kemalangan telah berlaku di lebuhraya bertingkat atau jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) baru-baru ini sehingga mengorbankan nyawa seorang lelaki yang menunggang motosikal.
Menurut Sinar Harian, mangsa yang melalui lebuh raya bertingkat DASH itu menunggang motosikal sebelum motosikal yang ditunggangnya itu terbabas sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dari jejambat berkenaan yang ketinggiannya sekitar 21 meter.
Pihak polis daerah Shah Alam mengatakan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.45 petang pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Motosikal Bergesel Dengan Kereta, Wanita Ma*t Tercampak Dari ‘Flyover’ DASH
Artikel berkaitan: Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Kemalangan Lepas Rempuh Tembok Batu
Menerusi siasatan awal, polis percaya bahawa motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang berusia 23 itu hilang kawalan ketika melalui selekoh lebuh raya bertingkat tersebut.
Mangsa kemudiannya jatuh ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.
Manga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan yang parah pada kaki dan kepala.
Sumber: Sinar Harian