Beberapa bulan lalu, kita dikejutkan dengan keadaan penyanyi pop rock popular, Zamani Slam di mana tular sebuah video persembahan nyanyiannya dalam keadaan ‘bengkok’. Ramai peminat yang perasan waktu ni!
Turut difahamkan bahawa penyanyi berusia 51 tahun itu sebenarnya sedang menghidapi penyakit scoliosis dan masih mendapatkan rawatan susulan sehingga kini.
Prihatin dengan nasib yang menimpa penyanyi itu, seorang pengacara terkenal yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil membuat keputusan untuk membantu Zamani mengumpul dana pembedahan.
Kutipan dana cecah RM60,000, tak sampai 24 jam
https://www.instagram.com/p/CfJbjrSPmZF/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ebf37f52-1e50-43ea-928f-c20b90a8a8ca
Hanya mengambil masa 24 jam sahaja, Paknil memaklumkan kutipan dana tersebut sudah ditutup dan berjaya mengumpul hampir RM60,000. Zamani dalam nada terharu amat berterima kasih kepada Aznil kerana sudi membantunya, lapor Harian Metro.
Dia bagaimanapun enggan menerima wang itu terlebih dahulu dan meminta Aznil menyimpannya sehingga tiba waktu pembedahan dijalankan.
Pak Nil syukur, berterima kasih pada semua
Selain itu, Pak Nil tetap meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya. Beliau turut meminta Zamani supaya jangan malu kerana ini caranya memberi bantuan bersama orang ramai.
Terdahulu, pengurus Zamani iaitu Aalan Ahmad meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana untuk Zamani, agar tidak berbuat demikian kerana Zamani masih di peringkat awal rawatan. Dia juga bimbang serta tidak mahu wujudnya scammer yang mengambil kesempatan dengan membuka akaun palsu.
Semoga Zamani sentiasa sihat dan cepat sembuh ya!
Baca: “[VIDEO] Dapat Tahu Badan Membongkok Dari Video Viral, Zamani Akhirnya Akan Jalani Pembedahan”