Binatang peliharaan seperti kucing sepatutnya dijaga sebaik mungkin oleh tuannya kerana mereka juga layak untuk disayangi.
Jumpa kucing tepi highway, macam kena buang
Satu video perkongsian oleh @dianacatstudio memaparkan situasi beberapa orang wanita berusaha menyelamatkan seekor kucing berwarna putih yang didakwa dibuang tepi sebuah lebuh raya yang sangat sibuk.
Artikel berkaitan: Macam Sembang Dengan Cucu, Kucing Peliharaan Patuh Cakap Atuk
Artikel berkaitan: Terpaksa Tinggalkan Bersendirian Di Rumah Sebab Balik Kampung, Tuan Kucing Sedih Bila ‘Check’ CCTV
Kata pemilik video, mungkin kawasan menjadi tempat pembuangan kucing kerana tempatnya berdekatan dengan hutan.
Dah banyak sangat kucing kena langgar dekat sini. Kiri kanan hutan, mungkin kawasan ni jadi port orang buang kucing.
Alhamdulillah, ada carrier kucing. Hulur je terus kucing tu masuk, punyalah takut.
Dalam perjalanan ke tempat jagaan, kucing tersebut nampak terpinga-pinga dia akan dibawa ke masa selepas itu.
Kucing pun amanah, jangan buang sesuka hati
Setelah sampai ke destinasi, kucing tersebut ditempatkan dalam sebuah sangkar khas dan diberi makan serta minum. Kucing itu nampak agak comot mungkin terlalu lama berada di tepi lebuh raya tadi.
Bagaimanapun, pemilik video berpesan kepada orang ramai yang ingin membela haiwan supaya lebih bertanggungjawab.
Tak tahu apa yang jadi.. harapnya bukan kes kena tinggal. Kalau betul, tunggulah balasan Allah nanti. Kucing bukan mainan boleh dibuang ikut suka bila dah tak nak.
Bila bela, itu dikira amanah yang Allah bagi dekat kita dan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Fikir banyak kali bila betul-betul nak bela haiwan okay.
@dianacatstudio Almost setiap hari nampak bangkai kucing kena langgar kat area yang sama.. jangan buang kucing please? Lagi-lagi kat jalanraya sibuk macam ni 😓
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berterima kasih kepada pemilik video kerana menyelamatkan kucing tersebut.
Sedihnya tengok kucing tu…
Sumber: TikTok