Angka jangkitan COVID 19 di Malaysia makin hari makin meningkat dengan semalam negara kita mencatatkan 27,831 kes.
Oleh sebab itu, kerajaan dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan program PICKids yang memfokuskan untuk memberi vaksinasi kepada kanak-kanak sekitar usia 5 hingga 12 tahun.
70% murid SK tak ambil vaksin?
Walau bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter pagi ini telah mendedahkan satu laporan mengenai pelaksanaan PICKids PPV Sekolah di lapangan.
Menurutnya, sebuah sekolah di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) di Pulau Pinang hanya mencatatkan 5% ketidakhadiran murid untuk vaksinasi. Manakala di SK (Sekolah Kebangsaan) berdekatan, 70% murid dilaporkan tidak hadir untuk vaksinasi.
Laporan pelaksanaan #PICKids PPV Sekolah di lapangan: di sebuah SJKC di Pulau Pinang hanya 5% murid tidak hadir untuk vaksinasi. Di SK berdekatan 70% tidak hadir untuk vaksinasi. Ini realiti di lapangan. Terima kasih kepada ibubapa yang melindungi anak anda.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 17, 2022
Menurutnya lagi, perkara tersebut ialah realiti yang berlaku di lapangan dan beliau berterima kasih kepada ibu bapa yang melindungi anak-anak mereka.
Terima kasih kepada ibu bapa yang melindungi anak anda.”
“Banyak group sebar maklumat kesan vaksin yang menakutkan orang”
Rata-rata netizen di Twitter berpendapat perkara ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan info yang mereka dapat mengenai keburukan vaksin.
Malah ramai juga yang mendakwa bangsa Cina antara yang paling ramai mengambil suntikan dos booster.
Setakat ini, sebanyak 1,055 sekolah telah dikenalpasti akan menjadi lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).
Semua sekolah yang dipilih itu akan menjadi tempat pemberian vaksin kepada murid di sekolah berkenaan serta murid dari sekolah berdekatan.
Apa-apapun diharapkan ibu bapa buatlah keputusan yang terbaik buat anak-anak mereka dalam isu vaksin ini.
Baca: “Jangan buat andaian” – Dituduh ‘Cucuk Angin’ Ketika Suntik Anak KJ, Ini Penjelasan Jururawat…