Hangat diperkatakan tentang kontroversi pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang telah ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isu tersebut.
Bella tarik diri berlakon dengan suami & Ruhainies?
Terbaharu, Bella telah memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan gambar dirinya berjumpa dengan seorang penerbit drama ‘Terjerat’ iaitu Dato’ Sri Jaspal. Menerusi posting itu, Bella seolah-olah menarik diri daripada berlakon bersama suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies dalam drama tersebut.
Artikel berkaitan: Warganet Banjiri Ruang Komen Di IG Lepas Gambar-gambar Lama Bella Astillah & Ruhainies Tular
Artikel berkaitan: Kecoh Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Dilihat Menerusi CCTV Kondo?
Assalamualaikum. Cerita semalam, Terima kasih Dato’ Sri Jaspal, Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan.
Bagaimanapun, Bella berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan produksi yang sama pada masa akan datang. Dalam hantaran itu, Bella juga memuat naik tangkap layar dirinya sudah dikeluarkan daripada group WhatsApp lakonan drama tersebut.
“Tak rasa dia kena remove tapi, Bella yang minta..”
Hantaran yang baru sahaja dimuat naik sejam lepas telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka tidak menyalahkan pihak produksi dan memahami keputusan yang dilakukan oleh Bella Astillah.
Bella juga turut dipuji ramai kerana nampak sopan mengenakan tudung ketika berjumpa dengan pihak produksi. Ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk Bella Astillah.
Min tengok Bella nampak tenang je.. harap dipermudahkan urusan Bella yang seterusnya!
Sumber: Instagram