Hari ini, pelakon dan pelawak Muhammad Nizamuddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Along Cham dibebaskan sementara dengan jaminan.
Along Cham dibebaskan sebaik selesai membayar ikat jamin RM5,000 di Kompleks Mahkamah Sepang selepas ditempatkan di Penjara Sungai Buloh lebih sebulan lalu.
Artikel berkaitan: Along Cham Sujud Syukur, Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Atas Pertuduhan Miliki D*dah
Artikel berkaitan: Isteri Kongsi Along Cham Pesan Jaga Anak-anak, Perlu Kuat Semangat Tanpa Bantuannya Di Sisi
“Hari ini benda yang mustahil untuk berlaku tetapi Allah yang beri jawapan, terima kasih kepada semua yang berusaha keras untuk membersihkan nama saya,” katanya.
Pelakon filem Tiada Tajuk itu mengakui sejak 23 Disember lalu dia melangkah masuk ke Penjara Sungai Buloh dalam keadaan longlai, selain bersyukur dengan pembebasan sementara hari ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah.
“Terima kasih juga kepada pembenci saya, banyak juga fitnah saya dengar walaupun berada dalam penjara,” katanya.
Selepas ini saya akan membersihkan nama dan akan keluarkan satu filem mengenai kisah benar tentang diri saya.
Ramai orang tidak tahu ketika saya melangkah masuk (ke penjara), ada yang gembira dan tepuk tangan, namun saya serah bulat-bulat dan yakin Allah mengetahui segala-galanya,” katanya lagi.
Sebagai info, sebelum ini Along Cham terlibat dengan satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.
Sumber: Harian Metro